15 December 2010

Employee of UiTM Machang....

Cuti sem ni aku tukar keje baru lak...iaitu jd staff UiTM macHe...
best r ugk walau keje bese2 je....tp aku da dpt rase caner keadaan ble da jd staff nt..
hehe...kdg2 ader ugk rase mls2...tp,xley r gtu...kte kn keje...so kna r bg komitmen..
agpn aku sem dpan praktikal kat UiTM mache ugk...so,keadaan dier ttap sme je..
cume tempat jela yg berbeza sbb aku akn praktikal kat bahagian pengawal keselamatan...
Sbnany aku apply praktikal kat pejabat tanah...tp,sebab aku ngade2 nk follow org, aku tukar nk
praktikal dlm UiTM jgk...haha...tp best ugk...
leh r aku jmpe kwn2 lain yg still ad kat UiTM ag...hehe...
agpn, da penah jd staff UiTM..so xisau sgt r nk biasekn diri...
staff pn da ramai yg knal aku...lbih2 lg pengawal...
nk xknal caner...tiap2 ai aku kuar masuk UiTM..da boring pengawal tu tgk aku...
haha..siap leh jd kwn ag dgn diorg....

skang ni still ag keje kat UiTM..abes ujung bulan ni...gaji best r ugk..
hehe...nk balik uma,tp kdg2 r...kalo duk sni pn xtaw nk g ane..hehe

callo bette..!!

22 November 2010

ARGGHHHHHH...!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku stressssssssssssssssssssss...............
ase bengong,mereng,nk sepak org,bunuh(xbek),terajang,lempang,
$#@#&*^*^&$^&%(^%#$@!$#$#$&*&*!!!!

12 November 2010

exam+raye+cuti+keje

esok da last paper....
hope will success with flying colour...
abes exam g melawi lak...horraayyy!! :-)
pastu balik umah...kte rayer....!!
pastu nk cari keje r cuti nt...
boring ugk duk umah xde watpe,kalo keje dpt ugk duit...

20 October 2010

hari ini......mmmmm.....

hal praktikal dah siap sumer...
ptg ni nk edit video utk org lain pulak..
ntah r pukul brape..
mujur la dah biase edit video semasa special topic..

17 October 2010

today....

huhuhuh.....
broadband kna cut....
sbb xbayar...da g bayar td....
nt tgk esok ah caner....ni pn on9 kat TR je...sambil2 wat keje utk IP...
keje special topik pn blm wat sbb balik umah mggu lpas...
slalu lpe nk g amek gambar...
hehe.....

13 October 2010

alamakkkk....!!!

da lupe la nk g ambil pic utk seminar....
hu3..da la hujan petang ni...
esok ad test lak...

12 October 2010

Kebaikan utk kite

4 PERKRA UNTUK SIHAT
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

4 PERKARA MENAJAMKAN MATA
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

4 PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 PERKARA MELEMAHKAN BADAN
1. Terlalu banyak berkelamin
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yg masam

4 PERKARA MEROSAKKAN MATA
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

 4 CARA TIDUR
1. Tidur para Nabi
Terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit & bumi.

2. Tidur para Ulama & Ahli Ibadah
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. Tidur para Raja yang Haloba
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. Tidur Syaitan
Menelungkup seperti tidurnya ahli neraka

hari ini...

gambar2 utk special topic xkumpul ag..hu3..
xigt nk g ambil...
hrp2 ptg ni igt ah nk kumpul...
nt boleh upload dlm webpage...
sokmo lupe..

11 October 2010

hari ni......

dpt mark special topic....
tp,mdm bg peluang lg utk update blog...
tq madam!!

wat keje special topic psl gambar program xkumpul ag...
ajatny nk bg kat team webpage dlm mse t'dekat..
leh tgk dlm internet

07 October 2010

TAHNIAH CSD5KC!!!

Tahniah sumer sbb da menjayakan seminar baru2 ni...
best ah...hope dpt wat ag sme2 di masa akn dtg...

keje montaj best ugk n mencabar...he3..
walau byk benda ilang,kna wat smula,software xleh nk edit,
nasib baik sumer da siap n b'jalan dgn lncar

02 October 2010

Renungkanlah.....

Dalam hidup kita Tuhan akn bagi kita peluang utk kita b'jumpa


dgn org yg btul2 kita SYG... TP HNY SKALI!!!

sekirany kita leka,kita akn kehilanganny buat slameny...

Tp..kita xpernah tahu siapa orgny...

Kita sendiri xpernah sedar dan xpernah cuba utk menilai

kehadirannya...Mungkin setelah segalanya berlalu kita mula

sedar dan mungkin kita tak berpeluang memilikinya utk slameny...

hargailah teman yg anda miliki sekarang...

Kerana dia mungkin org yg paling anda syg utk slameny...

01 September 2010

keje hari ni....

ptg ni b'buka ramai2 dgn geng2 CS...
pastu ader test its...
pastu ader meeting...
pastu nk amek bahan special topic dgn boss....
then cut n trim n edit dgn pakdo a.k.a OreNayu...

Feskem oh feskem.....

31st ogos....
merdeka oh merdeka....
npe aku sedih ea mlm tu....hu3....
nk wat caner....ati aku hancur sbb mslh len..hu...

31ogos 4.am
g sahur kat McD wakaf che yeh...
dgn aswad,qassimi,yeop,dyana n len2....

best r ugk....da la g dgn baju melayu ag...hu3...
da cam mlm raya da....

26 August 2010

Diary Seorang Isteri (Lelaki Mesti Baca!!)

Aduh...sakitnyer. ..isk.... . aduuh....Bang sakit nye tak tahan saya" keluh Nisa pada suaminya Zakri.




"Apelah awak nie....lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu" rungut Zakri pd Nisa.



Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu. Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi. Doktor Johari menyuruh Nisa meneran ...."Come on Nisa u can do it...once more...." Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar..."Good mummy" kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.



Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. "Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia" kata Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah Zakri,it's a twin" Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania.Nisa berasa lega... tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi. Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan di nursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.



Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan...Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.



Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal Nisa pada Zakri . "Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak" Zakri menempelak Nisa "Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang"? terang Nisa pada Zakri. "ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH" Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja. Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada .Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah. "Woi, benda-benda tu bole terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu" marah Zakri. "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh.... heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni"kutuk Zakri lagi pada Nisa. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni , saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. "Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri" kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,"ucap Nisa sambil menangis.



Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam - 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat. Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput...macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah. Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa.



Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula...bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa...dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong. Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , "Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. "Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takut plak hujan nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang aja"Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding.



Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian...terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis.Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi dan embengkak.. .berdenyut2. .."Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah" Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.



Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Sapa plak nie sebok je....."Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah caf?. "Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau...mereka perlukan kita masa tu...nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau, cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi" jawab Zakri selamba. "Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti" kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet....bunyi handphone Zakri. "Hello Zakri speaking" jawab Zakri. "Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri........ ."panggilan kecemasan dari Doktor Johari "Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari. "Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah, tadi kau kata bini kau sihat"tanya Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat" desak Zakri.



"Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau...terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama? tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya... dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk ...tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa....baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati...tetapi sebaliknya.. ...Zakri hanya diam...."YA ALLAH apa aku dah buat" rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil... "Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I'm really sorry Zakri. ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya" kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.



Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di iarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa..."YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini" terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering....membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. . Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang... "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA"





Assalamualaikum.



Abang,



Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang...Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan ... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa.. Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin...Abang panggil Nisa AYANG...terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu...walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa? Abang...mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang. Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan Nisa hadiahkan Abang....... Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.



Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang. Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging nisa....tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang...Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama. Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita bang..Dania mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.



Wassalam.

Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.

Doakan Nisa.



Ikhlas dari



Nur Nisa





Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania" pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis "HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.



Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya...setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa. Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri. "Nisa Abang minta ampun dan maaf" bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri. Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya.



Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu.. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkan kawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya...meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa....ampunkan aku YA ALLAH....akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri,Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. "YA ALLAH ,Zakri,Zakri bangun Zakri...dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?" tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis. Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara automatik kembarnya diam dari menangis. "Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak...kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah... emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa....

24 August 2010

Pisang oh pisang...

PERHATIAN: jgn sesekali smpan pisang dlm peti sejuk.

Pisang memberikan tenaga kpd manusia dgn kadar segera dan berterusan. Kajian menunjukkan bahawa 2 biji pisang cukup untuk melakukan senaman selama 90minit. Pisang juga amat sesuai utk mencegah dan merawat bbrapa jenis penyakit.

Tekanan:

Merujuk kpd kajian terhadap pesakit tekanan jiwa,kebanyakn mereka kembali pulih selepas mkn pisang. Ini kerana pisang mengandungi “tryptophan”,iaitu sejenis protein yg bertukar menjadi serotonin dalam tubuh manusia,yg menyebabkn kita tenang,mengembalikan mood dan secara amnya membuat kita berasa gembira.



Pms:

Vitamin B6 yg terkandung dlm pisang mampu meneutralkan paras glucose dlm darah, yg boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yg tggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan haemoglobin dlm darah secara tdk langsung membantu dlm kes-kes anemia.

Darah tinggi:

Pisang mengandungi kadar potassium yg tinggi ttp garam yg rendah,menjadikannya sempurna utk menstabillkan tekanan darah.

Kuasa minda:

Kajian terhadap 200 org pelajar semasa peperiksaan dijalankn,mereka diberi mkn pisang utk sarapan,rehat dan mkn tengah hari. Result,membantu pelajar –pelajar menjadi lebih cekap(alert)

Keletihan:

Utk mengurangkan letih adlh dgn membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan madu membina semula kandungan gula dlm darah yg berkurangan akibat keletihan,manakala susu memperbetulkan system hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

pisang mempunyai kesan antisid semulajadi dlm bdn. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba mkn pisang utk pemulihan yg baik.

Demam pagi:

Jadikan pisang sbg snek stiap hari utk membantu memelihara kadar gula dalam darah serta mengelakkan demam pagi.

Gigitan nyamuk:

Sebelum guna krim gigitan serangga,sapukan kawasan bekas gigtan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yg telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigtan nyamuk dgn cara ini.

Saraf:

Membantu kadar vitamin B yg tggi yg dpt membantu menenangkan saraf anda.

Ketagihan rokok dan tembakau:

Pisang dpt membantu perokok yg ingin berhenti merokok. Vitamin B6,B12,potassium dan magnesium dlm pisang dpt membantu tubuh kita membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Penyakit kulit:

Pengamal perubtan semulajadi(alternative) berpendapat,utk hilangkan jerawat,kudis,parut,kurap,dan sebagainya,ambillah sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yg ingin dirawat dengan menggunakan plaster.

Pisang jika dibandingkan dgn epal,pisang mempunyai 4x ganda kandungan protein,2x karbohidrat,3x fosforus,5x vitamin A dan zat besi,dan 2x vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu mknn yg mudah didapati.

Jadi, inilah masa utk tukar kpd yg biasa disebut kepada

“Sebiji pisang sehari dapat menjauhkn doctor”


PS:kesimpulannya, pisanglah penyebab utama kenapa monyet2 di hutan slalu sihat n bahgia stiap mase n ketika. 1 lg, ign kilatkn kasut? Ambil bahagian dlm kulit pisang, sapukan secara terus kpd kasut anda kemudian kilatkn dgn kain kering. Menakjubkan!

Alhamdulillah...!!!

mlm ni adlh mlm yg penuh rahmat bg keluarga ku...
akak ku da slamat melahirkn anak sulung ny bw je td...
aku hepi sgt2...
xsabar nk tgk anak sdare aku yg ptama...
he3...
nt esok nk g spital....jom sumer!!

test...test...test....

Sakit jiwe eh....
keje pn byk....
test lg la byk...hu3
ad 3 lg test nih...
jumaat,sabtu...

23 August 2010

Cahaya hidup...

Setelah lama aku mencari, mengharap dan menanti.. kini aku putus asa..

Putus asa mencari kebahagian,

Aku bosan mengapai bintang yang tidak akan ku capai,

Hatiku sunyi selama ini,

Sunyi dengan kasih dari insan 'istimewa',

Hatiku perit dek ditolak,

Hatiku sakit dek dipermainkan,

Hatiku rapuh dek mengharap,

Namun ketabahanku mencari sinar kebahagian tidak pernah luntur,

Kini aku kian menghampiri dengan cita-citaku,

Namun banyak lagi perlu aku tempuhi dalam permulaan ini,

Aku mula dirantau sendiri,

Mencari ilmu untuk dijadikan bekal pada masa hadapan kelak,

Disaat ku mentelaah,

Pada detik itu jua ku menanti,

Menanti sinar harapan,

Sinar kebahagian,

Tiba-tiba kau datang!!!

Ketibaan kau menghentikan detik penantianku,

Hatiku mula bangkit,

Mengasah kembali perasaan kasih dan sayang yang kian tumpul,

Walau hati terdetik dengan ketidakbarangkalian,

Namun ku anggap itu akan ku hadapi pada hadapan kelak,

Tambahan pula,

Kasih sayang yang kau curahkan membuatkan hatiku menangis,

Menghakis keegoan ku,

Buatkan ku merasai erti dikasihi dan dicintai,

Ku harap kita akan kekal selamanya,

Harap tiada pengakhiran di pertengahan perhubungan,

Menerima cinta sejati dari hati 2 insan yang tulus,

Ku harap kau lah sinar kebahagian ku,

Sinar yang tidak ada akan kenalkan ke kembali kepiluan terdahulu,

Yang pernah merobek jiwaku,

Yang boleh buatku terduduk dan kecewa,

Kau la sinar kebahagian ku SYG...........

today...

ajatny nk g bazar td...
uje la plop..
hu3...
ai ni mkn dumoh jah laa....
esok ad test qmt...
sudoh la...
nk wat guano taw....

The start of begining...